Sunday, November 28, 2010

Program Cakna Rakyat APMT bersama Pergerakan Wanita UMNO Teluk Pasu

























 














29 November 2010

Kebor Air, Manir - Satu program iaitu Program Cakna Rakyat untuk Dun Teluk Pasu telah diadakan pada 28 November 2010, iaitu pada hari Ahad, bertempat di Kampung Kebor Air. Program ini yang dianjurkan oleh APMT Dun Teluk Pasu dengan kerjasama Wanita Umno Bahagian Teluk Pasu telah dihadiri oleh sekurang-kurangnya 120 orang penduduk setempat.




Program ini yang bertujuan untuk membentuk satu tali ikatan antara pihak APMT dan juga penduduk di dalam Dun Teluk Pasu ini. Di samping itu juga, program ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran yang jelas kepada penduduk di sini tentang fungsi dan perkhidmatan yang boleh ditawarkan ole pihak APMT kepada mereka. Pihak APMT dalam majlis ini juga menyampaikan sumbangan kepada 10 orang anak yatim dari kampung ini. Sumbangan tersebut di sampaikan sendiri oleh YB Adun Teluk Pasu, Dato' Abdul Rahin sambil disaksikan oleh Pengerusi Penyelaras Wanita Teluk Pasu, Hajah Meryam bt. Abdul Rahman dan juga semua warga APMT Teluk Pasu. Satu jamuan ringan telah diadakan selepas program ini berakhir pada pukul 6.00 petang.

No comments:

Post a Comment