Saturday, November 27, 2010

Program Kecemerlangan pelajar UPSR peringkat Dun Teluk Pasu 2010

YB Dato' Abdul Rahin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang murid


20hb November 2010

Buluh Gading, Manir - Satu Program Kecemerlangan pelajar UPSR peringkat Dun Teluk Pasu untuk tahun 2010 telah diadakan di sini, di Dewan Sivik Buluh Gading. Seramai 97 orang murid yang telah mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini telah diraikan di dalam majlis ini. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Abdul Rahin, Adun kawasan Teluk Pasu dan turut dihadiri oleh para ibu-bapa dan pengetua-pengetua sekolah.yang terlibat.




    YB Datuk Abdul Rahin dalam ucapannya menegaskan bahawa keputusan cemerlang yang dicapai oleh murid-murid pada peperiksaan kali ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri serius dalam usaha untuk meningkatkan mutu kecemerlangan pendidikan di negeri ini. Pelbagai program intensif yang dijalankan sepanjang tahun oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak sekolah telah membuahkan hasil dan ini memberikan tonik yang baik kepada pihak kerajaan negeri untuk terus mengekalkan prestsi ini. Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada para murid dan ibu bapa yang tidak jemu-jemu memberikan seratus peratus usaha dan sokongan yang membawa kepada kejayaan ini.
   
    Selepas itu, YB Dato' telah berbesar hati menyampaikan sumbangan wang saguhati kepada para murid yang berjaya. Hadirin yang hadir kemudiannya dijamukan dengan satu jamuan ringkas selepas majlis berakhir.
 

No comments:

Post a Comment