Tuesday, September 21, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DUN TELUK PASU 2010

YB Dato' menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dalam majlis ini
27 Ogos 2010

Jeram, Manir - Satu majlis berbuka puasa bersama YB Adun Teluk Pasu telah diadakan sempena menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak, di sini. Majlis ini turut diselitkan dengan Majlis Penyampaian Sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim di kawasan Dun Teluk Pasu.

Sambutan Malam Kemerdekaan dan Majlis Bersahur bersama Adun Teluk Pasu 2010

YB Dato' Abdul Rahin menyampaikan bendera kepada JKKK
Gimik upucara menaikkan bendera 'Jalur Gemilang'
 30 Ogos 2010

Petai Bubus, Manir - Sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke - 53, satu majlis sambutan Malam Kemerdekaan Malaysia telah diadakan di sini. Acara ini adalah satu kesinambungan dari program yang sama yang telah diadakan pada tahun-tahun sebelumnya dengan mengekalkan lagi nilai dan matlamat yang sama, iaitu menyemarakkan semangat di kalangan masyarakat untuk meraikkan hari bersejarah ini.


PROGRAM PEMBAHAGIAN BAUCER DANA RAYA PERINGKAT DUN TELUK PASU 2010




21 Ogos 2010

Petai Bubus, Manir - Satu Program Pembahagian Baucer Dana Raya untuk tahun 2010 telah diadakan untuk peringkat Dun Teluk Pasu, di sini. Program ini telah berjaya mengumpul sejumlah besar penerima untuk hadir bersama-sama untuk menjayakan program ini. YB Adun kawasan Teluk Pasu, YB Dato' Haji Abdul Rahin telah berbesar hati untuk hadir bagi menjayakan majlis ini.