Tuesday, September 21, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DUN TELUK PASU 2010

YB Dato' menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dalam majlis ini
27 Ogos 2010

Jeram, Manir - Satu majlis berbuka puasa bersama YB Adun Teluk Pasu telah diadakan sempena menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak, di sini. Majlis ini turut diselitkan dengan Majlis Penyampaian Sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim di kawasan Dun Teluk Pasu.


Majlis telah bermula seawal jam 5 petang di mana Majlis Penyampaian Sumbangan duit raya dimulakan terlebih dahulu terlebih dahulu. Seramai 175 orang anak yatim dari 32 cawangan dalam Dun Teluk Pasu telah menerima sumbangan ini. Raut-raut wajah yang ceria dapat di lihat daripada muka adik-adik yang menerima sumbangan ini dan di harap mereka dapat memanfaatkan sumbangan ini dengan sebaik-baiknya.

Hadirin yang hadir untuk berbuka puasa telah dihidangkan dengan pelbagai juadah berbuka puasa dan kuih muih. Majlis berjalan dengan sempurna dan ianya berakhir pada pukul 7.40 malam.






No comments:

Post a Comment