Saturday, January 29, 2011

YB turun padang - YB Adun Teluk Pasu turut serta dalam gotong royong kelmarin


Oleh Ahmad Rafiqi Firdaus b. Ramli
ahmad_rafiqi85@yahoo.com

30 Januari 2010

Banggol Donas, Manir - Satu Program Gotong Royong di kawasan Dun Teluk Pasu telah di adakan semalam. Program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Dun Teluk Pasu dan juga Pejabat APMT telah bertumpu di 2 kawasan sasaran iaitu di Kampung Banggol Donas dan Kampung Buluh Gading. Semua kakitangan APMT dan pejabat Dun serta para penduduk telah turun untuk menyertai program ini.

Tuesday, January 25, 2011

PROGRAM MASUK KAMPUNG (KG. BUKIT PETITI)

YB Datuk Rahin bertanya keadaan salah seorang penduduk yang dilawati semalam

Oleh Ahmad Rafiqi Firdaus
ahmad_rafiqi85@yahoo.com

26/01/2011

Bukit Petiti, Manir - Program masuk kampung diteruskan lagi, kali ini rombongan APMT dan Pusat Khidmat Dun Teluk Pasu mengunjungi Kampung Bukit Petiti. Sebanyak 12 buah rumah telah dipilih dan dikunjungi dalam program masuk kampung kali ini.

Monday, January 24, 2011

PROGRAM MASUK KAMPUNG (KG. PAYA DATU)

Prihatin - YB Datuk Rahin mendengar permasalahan dari salah sebuah rumah yang dilawati dalam program ini kelmarin.
Oleh Ahmad Rafiqi Firdaus
ahmad_rafiqi85@yahoo.com

18/01/2011

Kg. Paya Datu, Manir - Satu Program Masuk Kampung telah diadakan pada hari Selasa lepas, di mana destinasi kali ini adalah di Kampung Paya Datu. Program anjuran Pejabat Khidmat Masyarakat dan APMT Dun Teluk Pasu ini turut disertai oleh YB Datuk Abdul Rahin, Adun Kawasan Teluk Pasu.