Monday, January 24, 2011

PROGRAM MASUK KAMPUNG (KG. PAYA DATU)

Prihatin - YB Datuk Rahin mendengar permasalahan dari salah sebuah rumah yang dilawati dalam program ini kelmarin.
Oleh Ahmad Rafiqi Firdaus
ahmad_rafiqi85@yahoo.com

18/01/2011

Kg. Paya Datu, Manir - Satu Program Masuk Kampung telah diadakan pada hari Selasa lepas, di mana destinasi kali ini adalah di Kampung Paya Datu. Program anjuran Pejabat Khidmat Masyarakat dan APMT Dun Teluk Pasu ini turut disertai oleh YB Datuk Abdul Rahin, Adun Kawasan Teluk Pasu.




         Dalam program kali ini, seramai 20 buah keluarga telah dikenalpasti dan dilawati sepanjang program ini. YB Datuk Abdul Rahin telah berbesar hati untuk memberi sumbangan kepada setiap keluarga yang dilawati. YB Datuk juga telah memberi kelulusan segera untuk pembaikkan sebuah rumah usang milik kepada sebuah keluarga yang tinggal di kampung itu.  

         Program ini yang bertujuan untuk merapatkan ikatan silaturrahim dan juga sebagai salah satu cara untuk membantu dan mengenalpasti golongan-golongan yang daif serta memerlukan bantuan dan sokongan daripada YB Adun dan pihak APMT. Program ini  juga telah membuktikan ianya adalah medium terbaik bagi pihak Dun dan APMT untuk meneliti segala permasalahan yang ada di dalam kawasan Dun Teluk Pasu ini, dan hasilnya, satu tindakan proaktif dapat diambil secara konsisten untuk membaiki permasalahan tersebut. Diharap program terus dilaksanakan dan dimantapkan dari semasa ke semasa agar kebajikan penduduk terus dijaga selaras dengan visi kerajaan negeri untuk merakyatkan pentadbiran.

   

     

No comments:

Post a Comment