Monday, December 20, 2010

Program Berkhatan dan Perasmian Surau Kg. Jeram Pasar





















































9 Disember 2010


Jeram, Manir - Satu majlis iaitu Program Berkhatan dan Perasmian Surau Kampung Jeram Pasar, telah diadakan disini pada hari Khamis. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Adun Kawasan Teluk Pasu, YB Datuk Abdul Rahin b. Dato' Said.




      Program yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat itu dimulakan dengan program berkhatan untuk 30 orang peserta yang telah dipilih. Para peserta kemudiannya ditepung tawar, dimandikan dan menerima sepersalinan kain pelikat dan wang saguhati leh YB Datuk Rahin. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Program Perasmian surau Jeram Pasar yang dirasmikan oleh YB Adun Kawasan Batu Rakit, YB Ustaz Khazan Che Mat pada sebelh petangnya. Pelbagai acara juga diatur sepanjang program ini termasuklah persembahan nasyid oleh koir kanak-kanak Kampung Jeram, pembahagian sumbangan kepada golongan miskin dan pelbagai lagi.

No comments:

Post a Comment