Sunday, November 28, 2010

Program Cakna Rakyat APMT bersama Pergerakan Wanita UMNO Teluk Pasu

























 














29 November 2010

Kebor Air, Manir - Satu program iaitu Program Cakna Rakyat untuk Dun Teluk Pasu telah diadakan pada 28 November 2010, iaitu pada hari Ahad, bertempat di Kampung Kebor Air. Program ini yang dianjurkan oleh APMT Dun Teluk Pasu dengan kerjasama Wanita Umno Bahagian Teluk Pasu telah dihadiri oleh sekurang-kurangnya 120 orang penduduk setempat.


Program Masuk Kampung Bersama YB Adun Teluk Pasu

29 November 2010

Sekati, Manir - Program menziarahi penduduk kampung diteruskan lagi, kali ini bertempat di Kampung Sekati yang terletak di dalam peti undi Teluk Pasu. Program yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu turut disertai oleh semua kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Dun Teluk Pasu serta kakitangan APMT Dun Teluk Pasu. Sebanyak 6 buah rumah telah dilawati dan diziarahi oleh rombongan ini.

Kakitangan APMT bergambar dengan YB Adun selepas selesai program

Saturday, November 27, 2010

Program Kecemerlangan pelajar UPSR peringkat Dun Teluk Pasu 2010

YB Dato' Abdul Rahin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang murid


20hb November 2010

Buluh Gading, Manir - Satu Program Kecemerlangan pelajar UPSR peringkat Dun Teluk Pasu untuk tahun 2010 telah diadakan di sini, di Dewan Sivik Buluh Gading. Seramai 97 orang murid yang telah mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini telah diraikan di dalam majlis ini. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Abdul Rahin, Adun kawasan Teluk Pasu dan turut dihadiri oleh para ibu-bapa dan pengetua-pengetua sekolah.yang terlibat.


Sunday, November 7, 2010

MAJLIS PEMBAHAGIAN DUIT ZAKAT HARI RAYA PERINGKAT DUN TELUK PASU 2010



6 Oktober 2010


Buluh Gading, Manir - Satu Majlis pembahagian duit zakat Hari Raya  bagi kawasan Dun Teluk Pasu untuk tahun 2010, telah diadakan di sini. Adun Kawasan Teluk Pasu, YB Dato' Haji Abdul Rahin telah hadir untuk memberikan ucapan dalam majlis ini.


Saturday, November 6, 2010

KURSUS GURU-GURU KELAS AL-QURAN PERINGKAT DUN TELUK PASU











21 September 2010

  Dara Inn, Gong Badak- Satu kursus bagi guru-guru kelas Al-Quran bagi kawasan Dun Teluk Pasu anjuran Yayasan Islam Negeri Terengganu telah diadakan di sini. YB Adun Kawasan Teluk Pasu, YB Dato' Abdul Rahin telah sudi untuk hadir dan seterusnya merasmikan kursus ini.