Sunday, November 7, 2010

MAJLIS PEMBAHAGIAN DUIT ZAKAT HARI RAYA PERINGKAT DUN TELUK PASU 2010



6 Oktober 2010


Buluh Gading, Manir - Satu Majlis pembahagian duit zakat Hari Raya  bagi kawasan Dun Teluk Pasu untuk tahun 2010, telah diadakan di sini. Adun Kawasan Teluk Pasu, YB Dato' Haji Abdul Rahin telah hadir untuk memberikan ucapan dalam majlis ini.




   Pihak Maidam telah mengelola majlis ini sambil dibantu oleh kakitangan Pejabat Khidmat Masyarakat dan APMT Dun Teluk Pasu. Selepas Ucapan Yang Berhormat Dato', proses pembahagian duit Zakat kemudiannya dijalankan. Para penerima di susun mengikut kampung masing-masing demi untuk melancarkan proses pembahagian wang zakat tersebut.

   Majlis ini berjalan dengan lancar dan pada pukul 5.00 peteng, proses pembahagian telah selesai dijalankan.
Rata-rata penerima yang hadir meluahkan rasa gembira dengan perjalanan yang lancar dan teratur. Majlis ini juga menunjukkan satu koordinasi yang berkesan antara Pusat Khidmat Masyarakat, Pejabat APMT Dun dan juga pihak Maidam dalam memastikan majlis ini berjalan dengan baik.









No comments:

Post a Comment