Sunday, November 28, 2010

Program Masuk Kampung Bersama YB Adun Teluk Pasu

29 November 2010

Sekati, Manir - Program menziarahi penduduk kampung diteruskan lagi, kali ini bertempat di Kampung Sekati yang terletak di dalam peti undi Teluk Pasu. Program yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu turut disertai oleh semua kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Dun Teluk Pasu serta kakitangan APMT Dun Teluk Pasu. Sebanyak 6 buah rumah telah dilawati dan diziarahi oleh rombongan ini.

Kakitangan APMT bergambar dengan YB Adun selepas selesai program


Dalam program tersebut, YB Dato' telah mengambil peluang meninjau dan mendapatkan gambaran terkini tentang permasalahan keluarga-keluarga yang dilawati oleh rombongan ini. Rombongan ini juga membawa bantuan berupa atap rumah untuk penerima yang telah dikenalpasti di Kampung Sekati ini. Program ini kemudiannya berakhir pada pukul 2.30 petang.

No comments:

Post a Comment