Sunday, March 25, 2012

MAJLIS KESIHATAN ANJURAN YPK


BULUH GADING : Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) telah mengadakan satu majlis kesihatan bersama pakar kesihatan mata dari Hospital Sultanah Nur Zahirah. Majlis ini menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada rakyat terutama kepada warga emas. Di samping itu, YPK juga menyediakan pemeriksaan mata dan cermin mata secara percuma.





Majlis dimulakan dengan pemanasan badan melalui senaman Tai Chi.









Pemeriksaan kesihatan iaitu kencing manis, tekanan darah dan juga berat badan ideal.



Monday, March 19, 2012

 FORUM PERDANA CAKNA KELUARGA 
"INILAH KELUARGAKU"

JERAM: Bagi memantapkan lagi institusi kekeluargaan, Ustazah Nur Bahiyah dan suami telah dijemput untuk memberikan satu forum cakna keluarga. Forum ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram pada 20 februari yang lepas. Turut dijemput menjadi ahli panel adalah YB Adun Tepoh iaitu Haji Ramli Bin Nuh.




























Monday, March 12, 2012

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

 TAMAN SRI MANIR: Satu majlis sambutan Tahun Baharu Cina telah diadakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina tahun 2012. Majlis ini dianjurkan oleh MCA Taman Sri Manir bertempat di dewan MCA Taman Sri Manir pada pukul 8.30 malam. Turut memeriahkan majlis, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Haji Mohd Nasir bin Ibrahim serta isteri beliau menghadiri majlis tersebut.



 Dalam majlis ini juga, YB Adun dan Ahli Parlimen turut menyerahkan hamper dan dana bantuan raya cina kepada penduduk kaum cina yang memerlukan untuk meringankan beban mereka dalam persiapan menyambut perayaan.





 Bagi memeriahkan lagi majlis, Persatuan Motor Berkuasa Tinggi Pemuda Taman Sri Manir telah mengadakan pameran dan demonstrasi motorsikal berkuasa tinggi.