Monday, March 12, 2012

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

 TAMAN SRI MANIR: Satu majlis sambutan Tahun Baharu Cina telah diadakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina tahun 2012. Majlis ini dianjurkan oleh MCA Taman Sri Manir bertempat di dewan MCA Taman Sri Manir pada pukul 8.30 malam. Turut memeriahkan majlis, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Haji Mohd Nasir bin Ibrahim serta isteri beliau menghadiri majlis tersebut.



 Dalam majlis ini juga, YB Adun dan Ahli Parlimen turut menyerahkan hamper dan dana bantuan raya cina kepada penduduk kaum cina yang memerlukan untuk meringankan beban mereka dalam persiapan menyambut perayaan.





 Bagi memeriahkan lagi majlis, Persatuan Motor Berkuasa Tinggi Pemuda Taman Sri Manir telah mengadakan pameran dan demonstrasi motorsikal berkuasa tinggi.







No comments:

Post a Comment