Wednesday, February 1, 2012

PROGRAM MASAKAN DAN KOMUNITI

      Program ini telah diadakan pada 28 Januari 2012 di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Teluk Pasu, Kampung Petai Bubus. Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara Terengganu (UiTM) dan Giatmara Kuala Nerus. 


      Program ini telah dirasmikan oleh YB Adun Teluk Pasu. Di dalam program ini, saudara Mohd Aiman Bin Yusof telah dijemput sebagai tetamu khas untuk aktiviti bengkel iaitu demonstrasi masakan kepada peserta pertandingan dan juga penduduk setempat yang hadir. Beliau merupakan seorang pelajar dalam bidang masakan dari UiTM dan telah berjaya melayakkan diri ke peringkat antarabangsa dalam pertandingan memasak. Dalam bengkel tersebut, beliau menunjukkan cara-cara memasak dengan betu dan memberi beberapa petua ketika berada di dapur.


      Selain aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan memasak yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu masakan barat dan masakan tradisional. Sebagai penutup program, YB Adun dan isteri beliau serta isteri Menteri Besar Terengganu iaitu To' Puan Sri Hajah Norliza Bt Mahmud berganding bahu bersama-sama memasak udang galah ala masakan barat.  






                                          Penyerahan apron dan topi kepada peserta pertandingan
                                           memasak

                                             bengkel bersama saudara Aiman







                                          sedapnya.........

                                       


                                           YB Adun dan isteri menyediakan udang galah

                                          To Puan Sri Hajah Norliza menyediakan ikan siakap