Saturday, January 29, 2011

YB turun padang - YB Adun Teluk Pasu turut serta dalam gotong royong kelmarin


Oleh Ahmad Rafiqi Firdaus b. Ramli
ahmad_rafiqi85@yahoo.com

30 Januari 2010

Banggol Donas, Manir - Satu Program Gotong Royong di kawasan Dun Teluk Pasu telah di adakan semalam. Program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Dun Teluk Pasu dan juga Pejabat APMT telah bertumpu di 2 kawasan sasaran iaitu di Kampung Banggol Donas dan Kampung Buluh Gading. Semua kakitangan APMT dan pejabat Dun serta para penduduk telah turun untuk menyertai program ini.



     Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi telah dimulakan dengan pembersihan kawasan di Kampung Banggol Donas dan gerak kerja untuk mendirikan tiang rumah untuk sebuah rumah baru yang bakal didirikan di situ. Acara yang sama juga dimulakan di Kampung Buluh Gading, di mana program yang sama dijalankan.
     Di akhir acara, satu jamuan ringan telah di adakan untuk para peserta dan majlis kemudiannya bersurai tepat pukul 1.30 petang.

No comments:

Post a Comment