Sunday, February 6, 2011

PROGRAM GOTONG- ROYONG DI KAMPUNG TELUK PASU HAJI AWANG

Tekun - YB Adun Teluk Pasu memerhatikan orang-orang kampung  membaiki rumah ini.

 Oleh Ahmad Rafiqi Firdaus
  ahmad_rafiqi85@yahoo.com

Teluk Pasu, Manir - Satu Program gotong-royong bersama masyarakat Dun Teluk Pasu telah diadakan di sini anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dun Teluk Pasu dengan kerjasama APMT Teluk Pasu. Majlis yang berlangsung sekitar pukul 9.00 pagi telah dimulakan dengan acara sukaneka, di mana ianya berlangsung dalam suasana yang begitu meriah. YB Dato' Abdul Rahin, Adun kawasan Teluk Pasu telah berbesar hati untuk merasmikan dan memeriahkan majlis ini.




 Program kemudiannya diteruskan ke acara utama iaitu gotong-royong untuk membaiki rumah seorang penduduk di Kampung Teluk Pasu Haji Awang. Proses pembaikkan melibatkan penukaran atap rumah, dinding serta pembinaan tangga baru. Menurut pemilik rumah berkenaan, beliau amat berterima kasih kepada YB Adun Teluk Pasu atas keprihatinan beliau dan juga beliau amat terharu dengan sambutan orang kampung yang turun beramai-ramai dalam menjayakan usaha ini
YB Adun turut serta membantu dalam proses pembaikan rumah penduduk
Diharap usaha-usaha ini mampu memberikan kelegaan bagi golongan-golongan miskin untuk tinggal dalam keadaan yang lebih selesa dan ini adalah salah satu lagi bukti kukuh tentang ketrampilan UMNO sebagai pembela masyarakat.

No comments:

Post a Comment