Tuesday, September 21, 2010

PROGRAM PEMBAHAGIAN BAUCER DANA RAYA PERINGKAT DUN TELUK PASU 2010




21 Ogos 2010

Petai Bubus, Manir - Satu Program Pembahagian Baucer Dana Raya untuk tahun 2010 telah diadakan untuk peringkat Dun Teluk Pasu, di sini. Program ini telah berjaya mengumpul sejumlah besar penerima untuk hadir bersama-sama untuk menjayakan program ini. YB Adun kawasan Teluk Pasu, YB Dato' Haji Abdul Rahin telah berbesar hati untuk hadir bagi menjayakan majlis ini.



      Program pembahagian baucer ini telah diadakan dalam beberapa peringkat membabitkan seluruh peti undi di dalam Dun Teluk Pasu. Ianya melibatkan 3 lokasi utama iaitu Dewan Serbaguna Kampung Banggol Tok Esah, Pusat Asas Tani (PAT) Kampung Petai Bubus dan juga perkarangan  Masjid Kampung Kesom Alor Rekang. Semua majlis yang diadakan berjalan dengan begitu lancar dengan kerjasama yang diberikan oleh para penerima baucer adalah sangat memuaskan. Para kakitangan APMT Dun Teluk Pasu dan juga Pejabat Khidmat Masyarakat Teluk Pasu juga telah memberikan perkhidmatan yang cekap dan menyeluruh sepanjang program ini dijalankan.

     Semoga dengan pembahagian dana ini diharap mampu menghadirkan keriangan dan keceriaan kepada para penerima terutamanya dengan bulan Syawal yang semakin hampir tiba. Pada kakitangan APMT Dun Teluk Pasu pula, diharap kejayaan pada program kali ini mampu diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Majulah APMT untuk Parti, Bangsa, Agama, dan Negara.  




No comments:

Post a Comment