Monday, August 16, 2010

PROGRAM DUDUK BERSILA DI KAMPUNG KESOM



13 OGOS 2010

Kesom, Manir - Program bersila diteruskan lagi untuk bulan Julai, kali ini dengan tema aktiviti bersama penduduk setempat melalui pertandingan memancing. Program yang telah mengumpulkan sejumlah besar penduduk di Kesom telah bermula pada awal pagi hari sabtu bertempat di tali air Kampung Kesom Haji Hussain.


           Pelbagai hasil tangkapan dapat diraihkan oleh peserta-peserta sepanjang pertandingan dijalankan termasuklah seekor ikan haruan seberat 1.5 kilogram. Penduduk yang hadir juga menunjukkan minat dan sambutan yang menggalakkan sepanjang pertandingan diadakan. Untuk memeriahkan lagi suasana, upacara cabutan bertuah turut diadakan dengan 50 hamper disediakan untuk tujuan tersebut. Upacara Penutup dan penyampaian hadiah kemudiannya disempurnakan oleh YB Haji Datuk Abdul Rahin, ADUN Teluk Pasu pada sebelah petangnya. 

           Program ini ternyata telah mencapai objektifnya untuk menyemai tali silaturrahim antara penduduk setempat dan juga dengan kakitangan APMT Dun Teluk Pasu. Oleh itu, wajarlah agar program ini dapat diteruskan untuk masa akan datang.
           
          













No comments:

Post a Comment