Saturday, July 10, 2010

KEM KECEMERLANGAN UPSR PERINGKAT DUN TELUK PASU 2010

11 Julai 2010

              Batu Rakit, Kuala Terengganu - Satu Kem Kecemerlangan UPSR Peringkat DUN Teluk Pasu telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Integrasi Batu Rakit untuk murid-murid tahun 6 dalam persiapan mereka untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan September nanti. Kem yang diadakan ini telah mensasarkan murid-murid di sekolah-sekolah sekitar DUN Teluk Pasu dan diadakan dengan kerjasama pihak sekolah dan pihak DUN Teluk Pasu.
  
Datuk Rahin memberikan ucapan pada majlis penutup kem kecermerlangan UPSR 2010

  
              Majlis penutup kemudian telah disempurnakan oleh YB Datuk Abdul Rahin Said, ADUN Teluk Pasu. Dalam ucapannya, YB Datuk telah menekan tentang kepentingan budaya belajar di kalangan murid-murid dan peranan ibu-bapa dalam membantu anak-anak untuk mempersiapkan diri mereka bagi menghadapi peperiksaan UPSR ini. Majlis kemudiannya berakhir pada pukul 12 tengahari.        

No comments:

Post a Comment