Tuesday, September 21, 2010

Sambutan Malam Kemerdekaan dan Majlis Bersahur bersama Adun Teluk Pasu 2010

YB Dato' Abdul Rahin menyampaikan bendera kepada JKKK
Gimik upucara menaikkan bendera 'Jalur Gemilang'
 30 Ogos 2010

Petai Bubus, Manir - Sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke - 53, satu majlis sambutan Malam Kemerdekaan Malaysia telah diadakan di sini. Acara ini adalah satu kesinambungan dari program yang sama yang telah diadakan pada tahun-tahun sebelumnya dengan mengekalkan lagi nilai dan matlamat yang sama, iaitu menyemarakkan semangat di kalangan masyarakat untuk meraikkan hari bersejarah ini.


Program ini dimulakan dengan ucapan YB Dato' Haji Abdul Rahin, Adun Teluk Pasu. Dalam ucapannya, beliau menekankan pentingnya semangat kemerdekaan ini dihayati pada semua peringkat umur bagi memastikan semangat kemerdekaan tetap membakar marak di dalam jiwa kita, rakyat Malaysia. Selepas ucapan itu, beliau turut menyerahkan bendera 'Jalur Gemilang' kepada semua JKKK di dalam Dun Teluk Pasu. Gimik bagi program ini, iaitu upucara menaikkan bendera ' Jalur Gemilang ' turut disempurnakan oleh YB Dato' Abdul Rahin dengan laungan 'Merdeka' bersama-sama penduduk setempat yang hadir pada malam itu.

Selepas penyempurnaan program tersebut, YB Dato' Abdul Rahin turut menyertai majlis bersahur bersama
kakitangan APMT dun, petugas, dan para penduduk setempat. Pelbagai juadah telah di sediakan termasuklah nasi minyak, sup ayam, dan lain-lain lagi. Majlis bersurai pada pukul 1 pagi.

                                                                              

No comments:

Post a Comment