Sunday, April 4, 2010

PROGRAM BERSILA APMT DUN TELUK PASU 2010


05 April 2010

PAYA DATU, MANIR – Program Bersila yang dimulakan pada awal tahun 2010 oleh APMT DUN Teluk Pasu adalah satu program yang bertujuan untuk membentuk ikatan silaturahim yang kukuh antara pihak Dun dengan masyarakat setempat. Program ini dicadangkan untuk diadakan di setiap kampung di dalam Dun Teluk Pasu mengikut tema-tema yang tertentu.



Pada kali ini, Program Bersila telah diadakan di sini dengan tema majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Majlis perkahwinan di antara saudara Nizam dan saudari Sharidah telah di pilih sebagai tema program kali ini. Kakitangan APMT Dun Teluk Pasu telah memberikan komitmen dan kerjasama yang mengagumkan dalam menjayakan perkahwinan ini. Mereka telah membantu dari pelbagai aspek seperti persiapan kenduri, persiapan tempat, kemasan, hiburan dan sebagainya.



Dengan mengadakan program ini, pihak Dun Teluk Pasu dapat mewujudkan interaksi yang baik dengan masyarakat setempat sekaligus memenuhi matlamat program ini iaitu mewujudkan ikatan silaturahim di antara 2 pihak ini. Semoga perkembangan sebegini dapat merancakkan lagi program-program ini di masa hadapan.

TELUK PASU HARI INI


No comments:

Post a Comment