Saturday, March 27, 2010

AKTIVITI MASYARAKAT DAPAT MEMBENTUK PERPADUAN YANG UTUH

Datuk Abdul Rahin (tengah) sedang mengadili acara tarik tali di Sukaneka Kampung Kesom Che Nordin.
13 MAC 2010

KESOM CHE NORDIN, MANIR, – Aktiviti kemasyarakatan mampu untuk membentuk perpaduan dan kesepakatan di kalangan masyarakat di desa amnya

Menyedari hakikat itu, satu acara sukaneka anjuran JKKK Kampung Kesom Che Nordin telah diadakan disini bagi tujuan tersebut. Acara yang bermula pada 8.30 pagi itu telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Teluk Pasu, YB Datuk Haji Abdul Rahin bin Dato’ Haji Mohd Said, turut serta dalam acara tersebut adalah Pengerusi JKKK Kampung Kesom Che Nordin, Mamat bin Jusoh, Ketua Pemuda dan Puteri Cawangan, Ketua Wanita dan para hadirin yang lain.

Seramai 400 orang penduduk telah hadir dan kemuncaknya ialah acara tarik tali antara Jawatankuasa Penyelaras DUN dan JKKK kampung yang telah diadili oleh YB Datuk Haji Abdul Rahin yang dimenangi oleh pasukan JKKK Kampung Kesom Che Nordin. Acara-acara yang lain termasuklah tarik tali dan rebut kerusi.

TELUK PASU HARI INI

No comments:

Post a Comment