Monday, April 26, 2010

PROGRAM BERSILA APMT – PERTANDINGAN WAU DI KAMPUNG KEBOR AIR


24 APRIL 2010

Program Bersila APMT DUN Teluk Pasu diteruskan lagi dengan sesi kedua bertemakan sukan rakyat. Kali ini, APMT telah membantu menganjurkan pertandingan tradisi masyarakat Melayu iaitu pertandingan wau. Dengan objektif yang sama iaitu menyemai ikatan antara pihak APMT dan masyarakat setempat, program ini telah menyasarkan penyertaan dari semua ahli masyarakat di sekitar DUN Teluk Pasu.



Pertandingan ini telah diadakan selama 2 hari dan membabitkan 250 wau pelbagai jenis, termasuk beberapa wau yang digunakan dalam acara pertunjukkan. Pertandingan yang dijalankan dalam pusingan telah melihat persaingan sengit dari beberapa peserta untuk mendapatkan layangan wau tertinggi.



Hadiah-hadiah kemudiannya telah disampaikan oleh pihak JKKK Kebor Air kepada para pemenang yang berjaya. Acara cabutan bertuah juga telah diadakan untuk memeriahkan suasana.



Nyatalah program kali ini juga telah menunjukkan perkembangan yang baik dari segi objektif yang ingin dicapai oleh pihak APMT DUN Teluk Pasu. Jumlah penyertaan yang ramai serta kehadiran penduduk sekitar yang memenuhi arena telah membuktikan kejayaan program dan diharap perkembangan sedemikian akan terus merangsangkan program Bersila ini di masa akan datang.


TELUK PASUHARI INI

No comments:

Post a Comment