Tuesday, April 6, 2010

PROGRAM YB DATUK RAHIN BERSAMA PENDUDUK KG BUKIT PETITI


 7 April 2010

BUKIT PETITI, MANIR – Satu majlis menuai padi sempena Program Pertanian Berkelompok (Padi) telah diadakan di sini pada 3 April 2010. Majlis ini yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Abdul Rahin b. Dato’ Mohd Said telah dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat di sekitar Bukit Petiti.



Program anjuran JKKK Bukit Petiti ini bertujuan untuk memberikan penerangan kepada penduduk di sini tentang Program Pertanian Berkelompok yang sedang dijalankan. YB DUN Teluk Pasu juga telah dibawa melihat hasil program tersebut serta kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini. YB juga berkesempatan untuk mencuba salah satu Mesin Penuai Padi yang terdapat di situ dibantu oleh beberapa orang petani di situ.



Majlis ini berakhir pada pukul 3 petang dan orang ramai telah dihidangkan dengan jamuan yang diadakan oleh Jawatankuasa urusetia majlis. Kebanyakan penduduk yang hadir rata-rata melahirkan perasaan puas hati dengan penerangan yang diberikan serta berharap agar program-program sebegini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang.

No comments:

Post a Comment