Tuesday, April 20, 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT DUN TELUK PASU 2010 – PENCETUS FENOMENA, PEMANGKIN KEMAJUAN

     


         

             Program Juara Rakyat DUN Teluk Pasu yang diadakan pada 15, 16 dan 17 April 2010 mencapai satu kejayaan yang mengagumkan dari pelbagai aspek. Gabungan pelbagai faktor seperti sambutan masyarakat, kakitangan dan staff program yang effisen, jumlah penyertaan usahawan dan agensi swasta serta kerajaan telah membantu menterjemahkan kejayaan ini.



Kami sebagai salah satu tunjang utama yang terlibat dalam menjayakan program ini amat berbangga kerana hasil penat lelah kakitangan APMT DUN Teluk Pasu beserta staff-staff yang lain telah menghasilkan satu program yang amat berjaya di antara program-program juara rakyat yang pernah diadakan sebelum ini. Pujian yang datang dari segenap pihak amat merangsangkan kami untuk terus memberikan perkhidmatan dan kerja yang lebih baik untuk program-program yang diadakan selepasa ini.

Program Juara Rakyat kali ini yang disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan-badan NGO, sekolah, usahawan-usahawan tempatan dan ramai lagi. Antaranya ialah Jabatan Tanah, Jabatan Perikanan, MARA, Majlis Sukan Negeri dan sebagainya. Program Juara Rakyat kali ini dimulakan dengan Forum Perdana Juara Rakyat yang diadakan pada 15 April diikuti oleh karnival usahawan IKS pada 16 dan pada 17 April berlangsungnya pelbagai acara dan pertandingan bersama masyarakat setempat.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan. Beliau menyifatkan bahawa Program Juara Rakyat kali ini adalah yang terhebat pernah diadakan setakat ini kerana ia melibatkan penyertaan dari JKKK, belia, perarakan motorsikal, karnival jualan dan pertunjukkan udara ditambah dengan sokongan padu dari penduduk tempatan.
 
Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan dan diadakan lagi pada masa-masa akan datang memandangkan sambutan serta respons yang diterima amat menggalakkan. Semoga UMNO terus menjadi juara dalam membela nasib rakyat.

1 comment: