Sunday, January 15, 2012

PEMBAHAGIAN BAUCER TAHUN BARU CINA 2012

 YB Datuk Haji Abd Rahin Bin Dato Mohd Said menyerahkan Baucer Tahun Baru Cina kepada Ng Kam Fong JKKK Taman Seri Manir, Kuala Terengganu pada 12 Januari 2012.

 
Suasana penerima-penerima baucer Tahun Baru Cina




Wednesday, October 5, 2011

KARNIVAL SUKAN RAKYAT MEGA DUN TELUK PASU

KARNIVAL SUKAN RAKYAT MEGA DUN TELUK PASU
TARIKH : 28 OKTOBER 2011
TEMPAT : PENGKALAN PERAHU KG JERAM

PERASMIAN OLEH YB. DATO SERI AHMAD SAID

ACARA MENGIKUT PETI UNDI :

1. TARIK TALI - PU KEBOR BESAR
2. LARI DLM GUNI - PU KESOM
3. TEROPOH GERGASI - MCA
4. KUKUR NYOR - PU KEBOR AIR
5. SEPAK RAGA BULAT - PU PETAI BUBUS
6. ANYAM KETUPAT - PU JERAM
7. BOWLING KELAPA - PUTERI
8. RAKIT DARAT - PU BUKIT PETITI
9. BELON AIR - WANITA
10. BALING TELOR - PU BGGL PERADONG
11. TARIK UPIH - PU TELUK PASU
12. BASIKAL LAMBAT - PEMUDA
13. LONTAR KELAPA - TANJUNG BUNUT.

TEKA BUAH BETIK :

HADIAH : MOTOSIKAL & TV PLASMA

ACARA MALAM :

PERTANDINGAN BOT BERHIAS

KEDUDUKAN & JABATAN ANGKAT MENGIKUT PETI UNDI :

1. KEBOR AIR - MUZIUM
2. KEBOR BESAR - PERIKANAN
3. MCA -
4. KESOM - PERTANIAN & KRT
5. PETAI BUBUS - KEMAS
6. TELUK PASU - MARDI
7. TANJUNG BUNUT - APMT
8. BUKIT PETITI - GIAT MARA
9. JERAM - JASA
10. BANGGOL PERADONG - RUZMAN

PERSEMBAHAN BUNGA API
LINTAS LANGSUNG PESERTA PERAHU PANJANG

SEMUA DI JEMPUT HADIR....JOM PAKAT MARI LAKE..BEREH.

Sunday, May 1, 2011

PROGRAM PEMIMPIN MASUK KAMPUNG (TAMAN SERI MANIR)




PROGRAM JKM 'PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT' DUN TELUK PASU 2011




23 April 2011

Oleh Ahmad Rafiqi Firdaus
ahmad_rafiqi85@yahoo.com

Petai Bubus, Manir - Usaha membantu golongan masyarakat yang daif dan memerlukan bantuan sentiasa menjadi pegangan dan motto bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, JKM Terengganu dengan kerjasama Pusat Khidmat Dun Teluk Pasu dan APMT Dun Teluk Pasu telan mengembleng tenaga dalam menjayakan Program JKM 'Pemimpin Bersama Rakyat' yang diadakn di sini. Program ini telah berjaya menghimpunkan sejumlah 200 penerima bantuan JKM yang telah diraikan dalam satu majlis di sini.


PROGRAM GOTONG ROYONG KAMPUNG (KAMPUNG KUALA BELARA)






19 April 2011

oleh Ahmad Rafiqi Firdaus
ahmad_rafiqi85@yahoo.com

Kuala Belara, Manir - Satu program gotong royong telah diadakan di sini, membabitkan proses gotong royong untuk menyiapkan rumah seorang penduduk di kampung ini. Program ini yang membabitkan kerjasama diantara Pusat Khidmat Masyarakat Dun Teluk Pasu dan juga pihak APMT Teluk Pasu turut disertai oleh YB Adun Teluk Pasu, Datuk Haji Abdul Rahin bin Dato' Haji Abdul Said. Program ini telah dilaksanakan bertujuan untuk mengukuhkan ikatan perpaduan dikalangan masyarakat di sini dan disamping itu juga dapat mendekatkan pemimpin dengan golongan yang dipimpin. 


Wednesday, March 30, 2011

PROGRAM SEMARAK SENI WARISANKU & JEJAK CHENG HO











21 Mac 2011



Oleh Ahmad Rafiqi Firdaus b. Ramli

ahmad_rafiqi85@yahoo.com   

  
Program Semarak Seni Warisanku dan Jejak Cheng Ho (Hmeng He) adalah salah satu program yang dicanangkan oleh YB Datuk Haji Abdul Rahin dalam usaha beliau untuk menyemai minat masyarakat setempat kepada sejarah dan warisan negeri. Program ini diadakan pada hari Isnin, 21 Mac 2011 di Kampung Jeram, Manir dan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat yang turut serta memeriahkan program ini. Program ini adalah di bawah anjuran Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri dan turut mendapat kerjasama dari Pusat Khidmat Masyarakat Teluk Pasu dan Pejabat APMT Dun Teluk Pasu.

Monday, March 21, 2011

PROGRAM PEMBAHAGIAN E-BOOK DUN TELUK PASU

Ceria - Para penerima E-Book bersama-sama Datuk Seri Ahmad Said

Oleh Ahmad Rafiqi Firdaus
ahmad_rafiqi85@yahoo.com


 Kg. Kebor Air, Manir - Satu Program Pembahagian E-Book telah diadakan di sini, dengan Yang Berhormat Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad b. Said, telah berbesar hati untuk turun padang merasmikan program ini. Program ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat ADUN Teluk Pasu, Datuk Haji Abdul Rahin b. Dato' Mohd Said dan tetamu-tetamu kehormat yang lain.