Monday, March 21, 2011

PROGRAM PEMBAHAGIAN E-BOOK DUN TELUK PASU

Ceria - Para penerima E-Book bersama-sama Datuk Seri Ahmad Said

Oleh Ahmad Rafiqi Firdaus
ahmad_rafiqi85@yahoo.com


 Kg. Kebor Air, Manir - Satu Program Pembahagian E-Book telah diadakan di sini, dengan Yang Berhormat Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad b. Said, telah berbesar hati untuk turun padang merasmikan program ini. Program ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat ADUN Teluk Pasu, Datuk Haji Abdul Rahin b. Dato' Mohd Said dan tetamu-tetamu kehormat yang lain.





Program ini yang melibatkan penerima-penerima dari semua sekolah - sekolah rendah di dalam Dun Teluk Pasu iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Sekolah Kebangsaan Kebor Air,  Sekolah Kebangsaan
Teluk Pasu, Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong, dan Sekolah Kebangsaan Bukit Petiti. Seramai 687 orang murid terlibat dalam pembahagian E-Book ini.


Datuk Rahin menyampaikan ucapan dalam majlis itu
Program ini dilihat sebagai salah satu lagi langkah yang besar bagi kerajaan negeri untuk memantapkan lagi elemen pembelajaran IT dikalangan murid-murid di negeri Terengganu. Dengan pemberian E-book ini diharap mampu memacu lagi perkembangan dan kecemerlangan dalam bidang IT bukan sahaja dikalangan murid-murid tetapi juga pada masyarakat Terengganu amnya. 


No comments:

Post a Comment