Wednesday, March 30, 2011

PROGRAM SEMARAK SENI WARISANKU & JEJAK CHENG HO











21 Mac 2011



Oleh Ahmad Rafiqi Firdaus b. Ramli

ahmad_rafiqi85@yahoo.com   

  
Program Semarak Seni Warisanku dan Jejak Cheng Ho (Hmeng He) adalah salah satu program yang dicanangkan oleh YB Datuk Haji Abdul Rahin dalam usaha beliau untuk menyemai minat masyarakat setempat kepada sejarah dan warisan negeri. Program ini diadakan pada hari Isnin, 21 Mac 2011 di Kampung Jeram, Manir dan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat yang turut serta memeriahkan program ini. Program ini adalah di bawah anjuran Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri dan turut mendapat kerjasama dari Pusat Khidmat Masyarakat Teluk Pasu dan Pejabat APMT Dun Teluk Pasu.




Program yang bermula pada pukul 9 pagi itu dimulakan dengan penerangan oleh Dr. Manan Embong dari M.A.R Consultant. Beliau telah memberikan satu penerangan yang panjang lebar tentang program ini dan juga menyentuh tentang sejarah kedatangan Laksamana Cheng Ho ke negeri ini pada 1415M. Program ini juga menghimpunkan sejumlah barangan atau artifak yang dipercayai pernah dibawa oleh armada Cheng Ho yang terkenal itu. Artifak-artifak seperti pedang, mangkuk porcelain, topi gangsa, dan barangan jed adalah antara barangan-barangan yang telah dipamerkan pada program ini. Pelbagai acara-acara kebudayaan seperti pertandingan masakan tradisional, pertandingan motor classic dan pelbagai lagi menyerikan lagi sepanjang program ini berlangsung. Kehadiran sejumlah pelancong dari Negara Brunei Darussalam juga turut memeriahkan majlis dan ini sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada mereka tentang sejarah dan kebudayaan negeri Terengganu ini. YB Datuk Haji Abdul Rahin b. Dato' Haji Mohd Said, Ecxo Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri turut turun padang untuk memastikan acara ini berjalan dengan lancar dan beliau berharap agar acara ini dapat menjadi satu titik tolak kepada lebih banyak lagi program-program sebegini.

1 comment:

  1. Casino Bonuses & Promotions | Betting Bonuses
    New players can use the Casino Bonuses page to register for new casino bonuses and deposit into their account. It's a safe environment for all players to 바카라 배팅 법 place their bets

    ReplyDelete