Wednesday, March 30, 2011

PROGRAM SEMARAK SENI WARISANKU & JEJAK CHENG HO











21 Mac 2011



Oleh Ahmad Rafiqi Firdaus b. Ramli

ahmad_rafiqi85@yahoo.com   

  
Program Semarak Seni Warisanku dan Jejak Cheng Ho (Hmeng He) adalah salah satu program yang dicanangkan oleh YB Datuk Haji Abdul Rahin dalam usaha beliau untuk menyemai minat masyarakat setempat kepada sejarah dan warisan negeri. Program ini diadakan pada hari Isnin, 21 Mac 2011 di Kampung Jeram, Manir dan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat yang turut serta memeriahkan program ini. Program ini adalah di bawah anjuran Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri dan turut mendapat kerjasama dari Pusat Khidmat Masyarakat Teluk Pasu dan Pejabat APMT Dun Teluk Pasu.

Monday, March 21, 2011

PROGRAM PEMBAHAGIAN E-BOOK DUN TELUK PASU

Ceria - Para penerima E-Book bersama-sama Datuk Seri Ahmad Said

Oleh Ahmad Rafiqi Firdaus
ahmad_rafiqi85@yahoo.com


 Kg. Kebor Air, Manir - Satu Program Pembahagian E-Book telah diadakan di sini, dengan Yang Berhormat Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad b. Said, telah berbesar hati untuk turun padang merasmikan program ini. Program ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat ADUN Teluk Pasu, Datuk Haji Abdul Rahin b. Dato' Mohd Said dan tetamu-tetamu kehormat yang lain.