Thursday, June 17, 2010

Terengganu Kuasa Baru dalam SUKMA .

 17 JUN 2010

           Terengganu menunujukkan bahawa Kejuaraan SUKMA 2 tahun lepas bukan sekadar nasib atau tuah semata-mata, dengan kontinjen Terengganu di SUKMA XIII menunjukkan kebangkitan yang mengagumkan untuk merampas pendahulu keseluruhan daripada Wilayah Persekutuan pada hari ke -10 kejohanan.              

              Pasukan Berbasikal Terengganu cemerlang di SUKMA 2010

            Dengan 42 pingat emas sudah berjaya dibolot setakat ini, kontinjen Terengganu selesa mengungguli carta walaupun kontinjen warga kota mengekori rapat di belakang dengan 40 emas. Tetapi syabas diucapkan pada semua kontinjen Terengganu kerana berusaha keras untuk mencapai kejayaan seperti ini dan semoga banyak lagi pingat dapat dituai sebelum kejohanan melabuhkan tirainya pada 19 hb Julai ini. Tahniah juga diucapkan pada YB Dato' Mohd Rahin yang turut menyertai kontinjen kita disana untuk memberikan sokongan dan galakan pada atlet2 kita untuk memberikan yang terbaik.

No comments:

Post a Comment