Sunday, June 20, 2010

MAJLIS SAMBUTAN KEPULANGAN ATLIT-ATLIT SUKMA TERENGGANU


21 JUN 2010


 
          Satu majlis meraikan kepulangan atlit-atlit Terengganu yang telah berjaya menjuarai SUKMA VIII 2010 di Melaka baru ini telah diadakan di rumah YB Dato' Abdul Rahin di Kampung Jeram. Majlis yang berlangsung pada pukul 8.30 malam telah dihadiri oleh ramai masyarakat sekitar termasuklah JKKK kampung di kawasan Dun Teluk Pasu. Rombongan atlit-atlit yang dibawa melalui 6 buah bas tiba ke rumah YB Dato' Abdul Rahin  dan turut membawa bersama piala kejohanan SUKMA yang telah dimenangi.


          Dalam ucapannya, YB Dato' Abdul Rahin telah mengucapkan tahniah dan syabas pada kesemua atlit dan pegawai yang telah berusaha dengan cemerlang untuk menjadikan Terengganu Juara SUKMA VIII. YB Dato' juga menekankan bahawa pencapaian Terengganu di temasya kali ini telah membuktikan bahawa gelaran jaguh kampung yang diberikan pada temasya SUKMA yang lepas tidak lagi releven. Sebaliknya, kejayaan Terengganu ini membuktikan bahawa komitmen dan usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan prestasi sukan negeri telah membuahkan hasil bukan sahaja dalam tempoh dalam tempoh yang singkat, tetapi juga untuk jangkamasa yang panjang.


          Majlis turut diserikan dengan acara pemotongan kek kejayaan yang telah disempurnakan oleh YB Dato' dan disertai oleh atlit-atlit yang hadir. Majlis turut diakhiri dengan jamuan di perkarangan rumah YB Dato' Abdul Rahin untuk para atlit dan hadirin yang hadir. Rombongan Sukma itu kemudiannya bertolak ke Taman Syahbandar untuk menyertai program sambutan yang telah dijadualkan pada pukul 10 malam.
        

No comments:

Post a Comment