30 MEI 2010
Program berbentuk kesukanan merupakan salah satu elemen yang penting dalam usaha kita untuk menggalakkan penglibatan golongan setempat khusus masyarakat di luar Bandar dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan. Penganjuran Karnival Sukan Rakyat pada 23 Mei lalu dilihat sebagai salah satu usaha untuk mencapai matlamat tersebut.
Diadakan di Kampung Tanjung Bunut, Karnival ini mensasarkan kehadiran ramai penduduk setempat dan ianya tidak menghampakan apabila sejumlah besar penduduk di sekitar kawasan itu turun untuk memeriahkan acara. Pelbagai acara diadakan termasuk acara utamanya iaitu Pertandingan Memancing.
Karnival ini kemudiannya tamat pada pukul 6 petang setelah YB Datuk Rahin merasmikan majlis penutupannya dan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Walaupun objektif program ini telah tercapai akan tetapi masih banyak aspek yang perlu diperbaiki untuk menganjurkan program yang lebih baik di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment