Sunday, June 20, 2010

PERTANDINGAN WAU TERTUTUP KAMPUNG PETAI BUBUS




             Petai Bubus, Manir -  Pertandingan Wau Tertutup yang dianjurkan oleh JKKK Petai Bubus pada baru-baru ini telah menutup satu sukan rakyat yang telah menghiasi langskap komuniti masyarakat di Terengganu sepanjang bulan ini. Pertandingan yang dianjurkan ini bertujuan untuk merapatkan komuniti masyarakat di sekitar JKKK Petai Bubus dan kawasan sekitarnya.

MAJLIS SAMBUTAN KEPULANGAN ATLIT-ATLIT SUKMA TERENGGANU


21 JUN 2010


 
          Satu majlis meraikan kepulangan atlit-atlit Terengganu yang telah berjaya menjuarai SUKMA VIII 2010 di Melaka baru ini telah diadakan di rumah YB Dato' Abdul Rahin di Kampung Jeram. Majlis yang berlangsung pada pukul 8.30 malam telah dihadiri oleh ramai masyarakat sekitar termasuklah JKKK kampung di kawasan Dun Teluk Pasu. Rombongan atlit-atlit yang dibawa melalui 6 buah bas tiba ke rumah YB Dato' Abdul Rahin  dan turut membawa bersama piala kejohanan SUKMA yang telah dimenangi.

Thursday, June 17, 2010

Terengganu Kuasa Baru dalam SUKMA .

 17 JUN 2010

           Terengganu menunujukkan bahawa Kejuaraan SUKMA 2 tahun lepas bukan sekadar nasib atau tuah semata-mata, dengan kontinjen Terengganu di SUKMA XIII menunjukkan kebangkitan yang mengagumkan untuk merampas pendahulu keseluruhan daripada Wilayah Persekutuan pada hari ke -10 kejohanan.              

              Pasukan Berbasikal Terengganu cemerlang di SUKMA 2010

            Dengan 42 pingat emas sudah berjaya dibolot setakat ini, kontinjen Terengganu selesa mengungguli carta walaupun kontinjen warga kota mengekori rapat di belakang dengan 40 emas. Tetapi syabas diucapkan pada semua kontinjen Terengganu kerana berusaha keras untuk mencapai kejayaan seperti ini dan semoga banyak lagi pingat dapat dituai sebelum kejohanan melabuhkan tirainya pada 19 hb Julai ini. Tahniah juga diucapkan pada YB Dato' Mohd Rahin yang turut menyertai kontinjen kita disana untuk memberikan sokongan dan galakan pada atlet2 kita untuk memberikan yang terbaik.